Skip to main content

Istikharah

Punya sedap sarapan kat dapur sambil pandang tv tengok MHI, sekali perbincangan pasal istikharah.

Tak ada isu apa pun pasal tajuk Istikharah ni tapi biasanya akan lebih menjurus ke arah topik perkahwinanlah.

Pecah suasana, emak tanya pasal calon.

Krik krik... Krik krik...

Bawa ke petang, cerita dengan si kakak.

Maka atas nasihat yang diberi, semoga berjayalah diucapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Teguran

Ada satu kesilapan yang aku senyapkan. Ada sebab kenapa aku senyapkan. Kita manusia biasa ada kekuatan ada kelemahan. Maka kelemahan aku, tak bijak dalam membuat keputusan. Maka merujuk kepada permulaan ayat itu, itulah kesilapan aku. Menyenyapkan kesilapan. Dan setelah akhirnya terbongkar jua kisah yang dirahsia, terimalah aku teguran nasihat dan pengajarannya. Dalam kita memikirkan itu ini demi nak menjaga hati, moga tidak sampai menjejas rezeki.

Tahun Baru Cina (awal pagi hari pertama)

Alhamdulillah aku dibangunkan pada jam empat pagi. Tapi. Aku masih tak menghargai rezeki yang diberi dengan cepat-cepat menunaikan solat sunat tahajjud. Sekitar jam lima baru aku buat. Entah, walau tiada gangguan tapi hati tak khusyuk dan mengantuk. Tidak bersungguh seperti sebelum-sebelum ini. Dan sesudah selesai, aku sambung tidur. Satu lagi silap kerana tidak berdoa dapat bangun Subuh awal, maka dapatlah bangun Subuh lewat. Begitulah iman yang belum kuat. Kisah awal pagi disudahkan dengan membelikan sarapan yang dipesan.

Hadapi Dengan Senyuman

Ayat ini memang keramat untuk aku. Itu sebenarnya adalah tajuk lagu yang dipopularkan oleh kumpulan DEWA 19. Bukan sahaja tajuknya, lagunya memang sedap dan menyentuh jiwa. Jadi di sebalik kisah ramai terkesan dan menangis dengan persembahan Sufian Suhaimi sampai menang persembahan terbaik pada AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sehari sebelumnya ramai juga yang menangis semasa lagu Hadapi Dengan Senyuman dinyanyi dan dipersembahkan semasa Konsert Reunion DEWA 19 bersama Ari Lasso dan Once Mekel di Stadium Malawati, Shah Alam. Manakan tidak, tunjang utamanya Ahmad Dhani tiada lalu diganti anaknya Dul Jaelani atau nama penuhnya Abdul Qodir Jaelani. Yang lebih menangis kerana Dul yang menggantikan posisi ayahnya yang bermain kibod dan abangnya Al (Ahmad Al Ghazali) yang bersama penonton di bawah pentas kedua-duanya menangis tatkala lagu Hadapi Dengan Senyuman ini dinyanyikan Ari Lasso. Beberapa hari sebelum konsert berlangsung, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara. Mana tak m...