Ayat ini memang keramat untuk aku. Itu sebenarnya adalah tajuk lagu yang dipopularkan oleh kumpulan DEWA 19. Bukan sahaja tajuknya, lagunya memang sedap dan menyentuh jiwa.
Jadi di sebalik kisah ramai terkesan dan menangis dengan persembahan Sufian Suhaimi sampai menang persembahan terbaik pada AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Sehari sebelumnya ramai juga yang menangis semasa lagu Hadapi Dengan Senyuman dinyanyi dan dipersembahkan semasa Konsert Reunion DEWA 19 bersama Ari Lasso dan Once Mekel di Stadium Malawati, Shah Alam.
Manakan tidak, tunjang utamanya Ahmad Dhani tiada lalu diganti anaknya Dul Jaelani atau nama penuhnya Abdul Qodir Jaelani.
Yang lebih menangis kerana Dul yang menggantikan posisi ayahnya yang bermain kibod dan abangnya Al (Ahmad Al Ghazali) yang bersama penonton di bawah pentas kedua-duanya menangis tatkala lagu Hadapi Dengan Senyuman ini dinyanyikan Ari Lasso.
Beberapa hari sebelum konsert berlangsung, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara.
Mana tak menangis bila ayah sepatutnya ada, tiada kemudian mengganti tempatnya dan lagi lagu yang dipersembahkan meruntun jiwa.
Hadapi Dengan Senyuman Di Matamu.

Comments
Post a Comment